Pengerusi Perikatan Nasional
Pengerusi Perikatan Nasional

Pengerusi Perikatan Nasional

Pengerusi Perikatan Nasional atau nama penuhnya Parti Perikatan Nasional adalah jawatan tertinggi dalam parti tersebut. Pemegang jawatan ini bertanggungjawab dalam mengetuai semua gerak kerja politik yang dilaksanakan oleh Perikatan Nasional yang dianggotai oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Parti Islam Se-Malaysia, Parti Solidariti Tanah Airku, Parti Progresif Sabah dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia.[1] Setiap calon yang bertanding dalam pilihan raya di Malaysia bagi mewakili Perikatan Nasional, perlu mendapatkan persetujuan dan watikah pelantikan calon ditandatangani oleh pemegang jawatan tersebut.Jawatan ini telah diwujudkan pada 7 Ogos 2020 setelah Perikatan Nasional disahkan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.[2]